Jumaat, 21 Januari 2011

TeNtAnG cInTa, SaYaNg DaN wInDu..!!!


Bila berbicara tentang cinta terlalu subjektif untuk di perkatakan kerana terlalu banyak pendapat dan pendirian seseorang mengenai cinta.

Pandangan aku pula cinta adalah satu anugerah yang di takdirkan. kata orang "dari mata turun ke hati" dan bagi aku pula "dari budi turun ke hati" kerana apabila kita dapat merasa keihlasan budi pekerti seseorang maka cinta yang di peroleh lebih bersifat telus.

Tidak kurang yang menyifatkan "cinta itu buta" dan secara peribadi aku katakan cinta itu tidak buta kerana cinta adalah perasaan,yang buta adalah manusia kerana gagal melihat dan memperolehi cinta yang sebenar walaupun mata terbuka luas namun masih buta dalam menilai dan menemukan cinta dan apabila mereka gagal dan kecewa dalam pencintaan maka cinta akan di persalahkan.

Apa yang aku dapat rungkaikan "orang yang kita sayang belum tentu orang yang kita cinta namun orang yang kita cinta sudah pasti orang yang kita sayang dan persamaan ke dua ini ialah orang yang kita sayang atau cinta pasti orang yang akan kita rindu".

2 ulasan:

  1. aik mcm kenal jerk ayat2 dalam nie.???
    x yah copy boley an.???

    BalasPadam